Saturday, January 26, 2013

I thought you were my spouse but


Dramatik tak title post? DRAMA habis..hehe..bukan apa, tiba-tiba terasa terpanggil untuk meluahkan rasa, melontarkan kata yang telah lama terpendam. Entahlah, aku rasa macam dah sampai masa untuk menyuarakan buah-buah fikiran dalam kepala ini.memory dah nak full so kena delete some of them.kalau overload nanti aku migraine..haha *krik krik. okey, serius skit

Kebelakangan ini aku selalu terbaca Facebook status or tweet kenalan-kenalan. Aku rasa bukan setakat kebelakangan, macam selalu je. Status kecewa,patah hati, pujuk-memujuk,puji-memuji dan ada jugak yang penuh kebencian.

*Ceh,,padahal I'm one of them :p

Insyaallah dengan masa yang dianugerahkan oleh Allah SWT, saya sekadar ingin berkongsi pandangan dan mungkin sedikit pengalaman bagi mereka yang hangat bercinta di luar sana. kalau suam-suam kuku pun boleh la juga..

Sincerely I was so drowned in love that I never thought the end would like this. Eventhough some people might be skeptical about us and like some of us said 'retak menanti belah', I was adamant that I will definitely tie up the knot with the same person, ignoring any perception or suggestion from people. Padahal dua-dua budak usrah. Ironi. Itulah bila kecintaan pada manusia jauh melebihi kecintaan pada Allah SWT. Mulut memang cakap sayang Allah SWT tapi hati sangat kuat 'attached' kepada manusia. Sanggup buat macam-macam untuk menceriakan si dia tapi program-program join jugak. jadilah aku manusia yang keliru. Sebenarnya dah tahu 'salah' tapi tahan pedih hati,'pejam mata' dek takut kehilangan cinta dia daripada-Nya. yes, I admit I was much worse than people who don't join 'usrah'

Dipendekkan cerita bila dah tak sehaluan, terasa diri seperti diri ditinggalkan di lorong sepi tengah malam yang tidak berlampu.eceh. Aku tahu Allah SWT adalah sebaik-baik tempat bergantung. Tapi memandangkan masa tu memang super down, hati hancus berkeping-keping sampai menitis juga air mata jantan aku. huergh~tahajud tak pula nak teriak. =.=

Dalam beberapa hari 'recovery mode', aku cuba rajinkan diri aku lihat video-video kat youtube dan baca artikel-artikel di internet yang berkonsep islami. Cuba memungut sejuta keping hati yang berkecai,ambil satu-satu,gam kan untuk pulih kembali. Akhirnya aku sedar al haq (kebenaran) dan al hawa' (nafsu) memang takkan boleh bersatu. Tiada jalan tengah. Hanya salah satu. Kalau dah couple tu, how hard or 'creative' you are to make the relationship 'islamic', wrong is still wrong.
Now I got my lesson in a hard way. Sampai satu hari, aku terbaca salah satu artikel Hilal Asyraf yang lebih kurang begini ayatnya ' kalau betul-betul cinta, kita takkan heret dia ke jurang neraka'.
Positively, I guess this is blessing in disguise. Kata-kata yang diucapkan sebelum ini seperti dalam perjalanan ke syurga berdua-dua padahal sebenarnya elok2 kat tepi neraka. Alhamdulillah.

Perpisahan memang sukar untuk diterima. Tidak semudah bicara. Memang memerlukan masa dan kekuatan dalaman nak betul-betul 'move on'. Kadang-kadang okay,kadang-kadang meroyan. Biasalah tu. Kita kena faham situasi2 orang yg terluka. Not referring to myself only but can be anyone. Syukur alhamdulillah i already moved on. Tak tipu, aku rasa ketenangan yang dah lama aku tak rasa. Kini tidak lagi menipu diri sendiri.  :)

Aku sedar ada lagi orang yang jauh berpengalaman tentang cinta tapi tak salah rasanya ingin berkongsi pandangan saya. For those who are already in relationships, control yourself. kalau aku kata couple tu haram pun korang mesti rasa sanggggat berat nak bertindak kan? Aku faham je sebab aku pernah alami semua itu. Kalau betul-betul sayang akan your partner, ajaklah atau didiklah dia untuk mengenali Islam dengan lebih dekat. Slowly reduce your interaction with the beloved one. kalau nak tak contact langsung setahun sampai tiba masa yang dijanjikan memang sangat susah sebenarnya. Kalau dapat buat memang aku tabik. Do it in your own pace but consistent. Rancang bila nak tunang, kahwin serta preparations along the way. So that korang akan rasa relationship tu sedang menuju ke arah yang diredhaiNya, walaupun ada sedikit kecacatan di situ.

 Honestly, kalau aku lah, aku akan buat 'slow and serious' talk dengan wanita pilihan hatiku. Tanya dia,adakah dia benar-benar serius nak sehidup semati,menjadi teman 'pillowtalk' setiap malam. Kalau dia setuju, maka rancanglah persiapan yang perlu. Target tarikh tunang dan kahwin bila. kalau taknak tunang,nak kahwin terus,itu terpulang kepada budi bicara anda berdua. Lain orang lain cara kan. Tapi aku rasa inilah cara yang terbaik especially kalau korang masih mengumpul duit untuk maskahwin dan barang-barang hantaran macam aku..hehe

Apapun, anda kenalah jujur dengan diri sendiri. Rumah tangga bukan untuk meneruskan 'keindahan' zaman percintaan di luar pernikahan semata-mata. Ada tanggungjawab untuk agama juga ya. Adakah kita mampu menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak kita yang cukup ilmu agamanya.Bukan setakat 'cukup' di dalam kepala, tapi benar-benar 'dirasai' oleh jiwanya lantas diterjemah dalam bentuk perbuatan dan sifat. Rasanya dah banyak kali aku cakap kot. Persiapan individu muslim itu sangat penting sebelum melangkah ke alam baitul (rumah/keluarga) muslim. Daripada keluarga-keluarga yang berpegang utuh dengan konsep islam kemudian membantu kepada terbentuknya masyarakat muslim. Insyaallah dengan adanya masyarakat muslim maka gejala sosial di kalangan anak-anak muda pasti akan merosot. Mana tidak nya, anak-anak muslim dibentuk oleh ibu-bapa yang benar-benar menanamkan kecintaan kepada Allah SWT. We should admit that social problems that we face today especially Malay Muslim are rooted from the disobedience to Allah SWT. :)

Aku pun tak perfect. Banyak salah silap. Masih perlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Mana yang aku tahu dan insyaallah aku faham, aku rasa sudah tiba masanya untuk dikongsikan bersama. Haaa..teringat pesan seorang syeikh Ikhwanul Muslimin daripada Mesir..katanya setelah kita mati, ada empat perkara akan disoal oleh Allah SWT,dan salah satunya adalah 'apa yang anda lakukan di MASA MUDA anda'. Lihat.Allah spesifikkan 'masa muda'. Think it through.Insyaallah semoga kita sentiasa di dalam petunjukNya untuk mengenal jalan Islam yang sebenar. Till then :)

*time tengah malam ni lah mengidam burger bakar.






Friday, January 25, 2013

Eagle In The Sky

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan menggunakan tenaga yang tersisa dan mata yang nak separuh terlelap, ku kuatkan jua jari-jemari untuk menekan-nekan papan kekunci (baca: keyboard). Just came back from a sharing session with representatives from Ikhwanul Muslimin ,Egypt (tapi gaya mereka santai mcm pakcik2,friendly) Seawal jam 8.30 pagi sampai 5.00 petang.So insyaallah I would like some knowledge with you guys before I forgot all important points..hehe

The main theme of the sharing session was about the 'youth'. Pemuda dalam bahasa Melayu nya. Syabab pula 'term' mereka kadang-kadang guna untuk merujuk kepada pemuda pemudi macam kami tadi dalam bahasa Arab. Disebabkan sampai agak lewat atas sebab tersesat, maka sesi pertama tu dah nak sampai penghujung. Jadi, tak dapat sepenuhnya pengisian.What I only truly remember is 'the importance of our YOUTH time. Penceramah tersebut menegaskan bahawa sekiranya di masa kita menjadi mahasiswa di mana-mana universiti atau institut pengajian tinggi kita kita jadi 'lemah' atas sebab lebih banyak menghabiskan masa dan tenaga yang tak berkait langsung dengan Islam serta tidak menghidupkan diri dengan amal Islami, maka selepas tempoh tersebut kita juga akan sangat mudahnya terus hanyut dibuai dunia dan semakin 'lemah'. Masa usia 20-25 tahun adalah prime time for everyone to offer what she/he got and contribute to Islam and society. Ok,ayat last ini aku adjust skit.hehe

*kasihan sisters yang follow 'kesesatan' kitorang pagi tadi. Asalkan sampai kan?hehe

Okay next the second session is about the important qualities that every Muslim youth should have.
Yang aku paling tertarik ialah bila speaker tersebut memberi perbandingan anak muda dengan helang. Yes, helang a.k.a eagle. He asked us to guess all similarities between youth and eagle before explaining his answers. Aku pun dengan separa serius,separa mengantuk pun memandang slide show gambar helang tersebut agak lama.Bukan termenung tapi berfikir. Then tak sempat aku nak tulis semua point2 aku, speaker dah tanya dua peserta program. Antara jawapan yang diberi oleh para peserta adalah daya penglihatan yang kuat dan tangkas. Speaker jawab 'na'am' je sambil tersenyum. Aku rasa dia ikhlas lah kot. OK, berikut adalah jawapan daripada speaker itu sendiri.

1) Qawiy (kuat)
- Seperti gagahnya si helang memburu mangsa, seperti itulah seharusnya pemuda-pemudi Islam. Tak mudah bersedih hati akan perkara-perkara kecil. Sentiasa bersemangat dalam memacu dan memperbaik kehidupan seharian.

2) Cepat dan tangkas (suka la peserta tu sebab betul)

3) Bebas.  
-Helang terbang bebas di angkasa dengan gahnya.Dalam konteks manusia pula,'bebas' boleh dikaitkan dengan tak terikat dengan mana-mana entiti atau apa-apa kecuali Allah SWT. Tak diperhamba oleh nafsu)

4)Berpandangan tajam,jauh dan luas.
- Disebabkan kelebihan si helang boleh terbang jauh tinggi di langit berbanding burung-burung biasa maka helang memang ada kebolehan untuk melihat apa yang burung-burung lain 'tak nampak'. Untuk kes ini. speaker tersebut menghuraikan hujah persamaan dengan anak muda dengan menyatakan bahawa kita seharusnya tidak melihat Islam hanya sebagai ibadat dan hukum-hukum feqah (sepertimana yang kerajaan Inggeris telah menggariskan dan 'menetapkan mindset' kita sejak dari bangku sekolah dalam subjek Pendidikan Islam). Islam seharusnya lebih daripada itu.Tak terhenti hanya pada solat,zakat,puasa dan sebagainya. Fokus kita adalah untuk menegakkan kembali khilafah Islam yang telah berkurun lamanya hilang. Maka perlu bermula dengan kesedaran individu untuk melakukan transformasi diri dan berbakti untuk agama ini.Dan pemuda lah golongan sasaran yang paling efisyen. :)


Saya harap perkongsian serba ringkas dan mungkin terkurang sana sini at least bermanfaat untuk anda dan juga diri sendiri. Bukan apa,tadi masa lalu kat kantin sekolah tu nampak mural yang tertulis 'Ilmu yang tidak diamalkan seperti pohon yang tak berbuah' maka aku pun sentap on the spot~.
Till then :)

*Ada salah seorang speaker bertanya pada kami, 'Siapa pagi tadi solat tahajud?' Sisters mengalihkan pandangan ke kawasan brothers. Kami hanya berpandangan sesama sendiri, tersenyum kambing dan ada yang buat-buat menulis. Serius aku rasa macam kena tampar. Ergh~




Thursday, January 24, 2013

The Best Example

Assalamualaikum dan selamat petang,

Bangun-bangun tidur pagi tadi,lepas solat Subuh,terus capai handphone. Nak tengok perkembangan terkini manusia di alam maya. Nampak sgt facebook or twitter addict. Not a good example to follow ye *goyang-goyang jari kanan tangan kanan. Alhamdulillah, penuh di timeline Twitter or Facebook,rakan-rakan dan kenalan yang meng'update' status mereka which something to do with Maulidur Rasul. Even artis-artis pun. Walaupun tak tahu sejauhmana penghayatan mereka, tapi aku rasa syok bila tengok mereka masih peka dan mengambil tahu perkara-perkara Islami macam ini. So,the point of this entry is 'in what ways we celebrate this great day and how can we manifest our love to Rasulullah SAW into actions?'.

*Mendapat ilham untuk menulis entri ini ketika sedang memotong daging di dapur*


Sebelum itu,nak share sikit kisah keperibadian beliau yang sangat tinggi. Masih kalian ingat peristiwa syahidnya Saidina Hamzah r.a , bapa saudara Nabi Muhammad SAW? Latar masa: Perang Uhud.Setelah ditikam lembing yang dilontar oleh seorang hamba bernama Wahsyi, hampir seluruh tubuh badannya dirobek-robek, disiat-siat. Dadanya dibelah dan jantungnya dicabut dengan kejam sekali. Lidahnya turut dipotong.Tahukah anda siapa gerangan manusia yang kejam ini? Seorang wanita yang bernama Hindun bin Utbah . Can you see how grudge can lead you to be insane? Nauzubillah.

Rasullullah SAW sangat berdukacita dengan kematian bapa saudaranya yang merupakan antara tulang belakang kaum Muslimin pada ketika itu. Dipendekkan cerita, setelah beberapa tahun berlakunya Fathul Makkah (pembukaan kota Mekah) yang menyaksikan orang ramai berbondong-bondong menerima Islam setelah terbukti kebenaran kata-kata Nabi Muhammad akan kemenangan kaum muslimin. Wahsyi yang ketakutan kemudiannya lari ke Taif namun semua penduduk Taif juga semua menyerah diri dan menerima Islam sebagai cara hidup baru. 'Oh man, I got nowhere to run but need to face him. I heard that he is the best forgiver among all of us'; maybe I should try to seek his forgiveness. Ok, ni dialog rekaan. Tapi betul la inti cerita tu. :D

Wahsyi pun pergi menemui Rasulullah SAW untuk memeluk Islam ,meluahkan rasa kekesalan lalu serta memohon maaf atas kesalahan besar yang dilakukan ke atas bapa saudaranya di zaman jahiliyahnya. Rasulullah SAW pun serta-merta memaafkan Wahsyi namun meminta beliau untuk menjauhkan diri daripada baginda kerana setiap kali dia melihat Wahsyi,maka teringat akan baginda peristiwa menyayat hati yg terjadi pada tubuh bapa saudara baginda,Saidina Hamzah.

Jadi apa ibrah (pengajaran) yang kita boleh ekstrak dari kisah di atas? Personally, I really admire the level of patience that Rasullulah SAW got when he confronted the murder of his beloved uncle. If you were in his shoes (peace be upon him), how would you react? Sincerely, I might request him to be jailed or any other heavier punishment. Cuba bayang ahli keluarga yang sangat rapat dengan anda dibunuh dengan kejam.macam kes Mona Fendi yang kerat anggota badan ahli parlimen Pahang 8 bahagian, tiba-tiba datang jumpa pastu minta maaf MACAM ITU JE. Susah bukan?

But I found really interesting lesson behind this story. We,human, can FORGIVE people for bad/evil deeds they did to us but it's really hard to FORGET them. Let say,you had a quarrel with your friend and both of you did exchanged vulgar/ harsh words. After a while, you guys might forgive each other but honestly,can you simply forget those words? Words that can easily reopen the old wound. From the story above, it shows that Rasullullah SAW is also a normal human being. :)

Haa,,would you like to know what Wahsyi did to make up his sin? He finally killed Musaillamah Al Kazzab ,the self-claimed 'prophet' after the death of Nabi Muhmmad SAW with the same spear (read:lembing) he used to kill Saidina Hamzah. In my opinion, this is the hikmah behind the forgiveness of Rasullullah SAW. Wahsyi got his second chance to prove that he could contribute something to Islam although he had a dark memory related to Rasullulah SAW.  This story should motivate us to push ourselves to be a better Muslim eventhough we are still carrying our 'jahiliyyah'/ dark history with us. Who knows we can contribute something big to Islam that we never thought before?
ameen :D

Akhir sekali , saya ingin mengajak rakan-rakan yang sudi membaca blog saya supaya sama-sama menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW sempena meraikan kecintaan kita kepada baginda. Sedangkan kecintaan kita pada baginda sepatutnya lebih tinggi daripada kecintaan kita pada ibu-bapa kita sendiri. Yup, sunnah baginda tersangatlah luas dan sebagai insan marhaen macam aku,jujur tak mampu nak lakukan semua secara sekaligus dan konsisten. In sya Allah kita cuba apa yang termampu dan berterusan. Slow takpe asalkan istiqamah. Kecintaan yang tinggi pada baginda Nabi Muhammad SSAW memudahkan kita mencapai kecintaan dan keredhaan Allah SWT,yakni matlamat tertinggi dalam kehidupan manusia. May Allah guide all of us, Till then :)

*bau daging masih melekat di tangan walaupun setelah dicuci berkali-kali,(-_-')









Tuesday, January 22, 2013

It's like a black ant on a black rock in the night

Assalamualaikum wbt  dan salam 1 Malaysia sejahtera :)

Have you ever heard something similar to the title post above? Haha. sorry for my English. I'm not really sure whether it's right or wrong..somehow it sounds unimpressive. Dalam bahasa Melayu bunyi nya macam ni: Ibarat semut hitam di atas batu hitam di waktu malam yang sangat kelam. Haa,kan lebih sedap..By the way,what's it all about? :)

Keikhlasan. Yes, that's the answer. Kadang-kadang dalam hidup seharian kita mudah jumpa perkataan ikhlas ini. Kalau naik kereta tu, aku sendiri boleh nampak pada banner2 atau di billboard2. Contohnya: satu lagi projek ikhlas Barisan Nasional. Err..hurm..dan banyak lagi la. Even dalam drama-drama Melayu pun banyak kan. "Amirah, abang memang ikhlas cintakan awak" Muka hero yang sedih bercampur serius. *garu kepala

Sememangnya ikhlas mudah dilontarkan dengan kata-kata tapi sebenarnya perbuatan kita sendiri tak mencerminkan 'ikhlas' yang kita sangkakan. We feel that we already achieve that but we haven't yet. Selalunya keikhlasan juga berkait rapat dengan kesabaran. Dan sabar pun sangat tinggi maqam nya.
Contohnya, you have a good friend and you know he/she is having a serious money problem. You feel sorry for him/her and willing to give your money unconditionally to ease up the situation. Your initial intention (niat) is by reducing the burden of others then Allah SWT will grant you great rewards in the Hereafter. Macam biasa, that friend will be thankful and you feel good,calm inside your heart. Suddenly when you are in trouble,let say losing your wallet or any important property then he/she refuses to help you. 'Ada je kot..cer check balik mana2 ko pegi..sorry ar weyh,ak nak keluar kejap,nanti apa-apa update k'. Itu je respon?

Anda yang agak tercengang dan mungkin agak bengang pun jawab, 'OK'. Mungkin terdetik di hati kita akan rasa tak puas hati dengan sikap dia. Mulalah kita kata dalam hati 'time kau susah aku tolong, takkan kau tak ada 'common sense' nak tolong member balik'. Haha. busted. Ikhlas tak kita from the beginning?

*Tiada kaitan dengan mana-mana individu.Hanya rekaan semata-mata

Kadang-kadang niat ikhlas kita teruji dengan provokasi serta tuduhan dari orang lain. Tak kurang juga yang memfitnah. Mungkin ada kesilapan-kesilapan lalu yang kita buat orang tak boleh nak maafkan. Ada juga niat ikhlas kita dibalas dengan buruk sangka. Contoh paling mudah zaman sekarang boleh nampak golongan belia Muslim yang semakin meningkat kesedaran tentang Islam. Lain orang lain tahap pemahaman dan kemampuannya. Tak boleh pukul sama rata. Kalau rakan-rakan kita itu baru nak berjinak-jinak,kemudian jika dia buat perkara2 yang 'kurang kena' ada golongan yang memerli,mengutuk dan lain-lain. Tak semena-mena kita membunuh minat dia. Dia mungkin ikhlas ingin mengajak orang berbuat baik di masa ia tengah 'sedar'. Tidakkan kita merasa bersalah atau berdosa jika orang-orang yang ingin kembali kepada agama kemudian berpatah kembali atas sebab kita? Ya, mungkin aku juga termasuk dalam golongan yang ini. May Allah guide me and forgive me what I have done in the past.

Keikhlasan kita juga akan teruji bila kita mungkin atau memang sudah kehilangan sesuatu yang kita suka atau cinta. We thought we were 'ikhlas' enough,well, in happy moments boleh la. What if we check ourselves when we feel like 'the whole world is against you'. Even if you claim that you are being truthful. I don't know if you guys understand what I'm trying yo say but I'm speaking based on my experience. If not that's okay because time itself is a great teacher :)

Sebab itu aku cuba praktik pada diri sendiri: selalu betulkan niat sebelum,semasa melakukan sesuatu perkara. Innnamal aqmalu binniat. 'Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat'. Ini salah satu hadis daripada Hadis 40 karangan Imam Nawawi. Untuk penjelasan dan pemahaman lebih lanjut, boleh la ringankan jari untuk klik link di sini .

Lastly,in my opinion, we should stay steadfast to our deeds if we REALLY understand our 'niat' or intention. Don't take too seriously what people say because people won't stop talking.However,we still have recheck ourselves regularly. I'm not a good person but I'm trying to be one. Masih perlu tunjuk ajar dan pengalaman. It's not about finding the right person but it's about being a the right person. Ceh,takda kaitan.Lol. Ambil yang jernih,buang yang keruh,ok? Semoga bermanfaat.Ameen.
Till then :)

*bapak rajin nye kau menulis.nampak sangat banyak masa lapang

p/s: I'm still upgrading my blog. So faham-faham jela kalau kureng menarik :)


Monday, January 21, 2013

If I could keep a rainbow

Sedang aku mencarik-carik roti canai dengan tekun, tiba-tiba ibu membuka cerita tentang anak jiran-jiran sebelah yang sudah hampir bergelar suami atau isteri tak lama lagi. Aku hanya membalas sepatah-sepatah dan gelak kecil. 'Oh baguslah,alhamdulillah', 'La,yeke,kenapa ditangguhkan majlis walimah'.Ya, soalan-soalan begini. Rasa bersalah terhadap dirinya kerana seperti tidak acuh.

*ini bukan cerpen*

Seusai makan aku pun membawa pinggan ke dapur untuk dibasuh. Tidak semena-mena ibu mengusik 'Emi carilah calon, tambah,kumpul lagi duit. Kalau tiada calon,ibu boleh carikan'. Seriusly aku tergamam.Literally.Aku pun jawab, entahlah ibu,malas pula nak fikir'.That was my spontaneous answer. Jujurnya aku dah agak tawar hati. Dah taknak serabut-serabut.Setelah apa yang telah terjadi. Tragedi Oktober Januari.

Ibu pun lantas menyambung, "Kawan-kawan ibu ada tanya,Hilmi tu dah berpunya ke? Ibu ada berkenan dengan anak makcik xxx (sori tak ingat.haha). Baik je ibu tengok.Tapi itulah dia pernah belajar di Darul Quran". Pergh. sentap. Bagai langit dan bumi. Aku pun menyusun kata-kata di dalam kepala lalu menjawab 'Memanglah,kalau boleh kita memang nak baik,solehah dan lain-lain tapi Emi takut menghampakan dia pulak .Mungkin dia ada expectation yang tinggi'. Taknak mengecewakan seseorang dan akhirnya derita dalam senyap,menzalimi dalam tidak sedar. Okey,ayat last ni cakap dalam hati je.

Personally aku taklah meletakkan harapan yang tinggi menggunung untuk bakal isteri. Asalkan dia tahu masak, pembersih, understand my hobbies,pandai jaga diri sendiri dan suami. Ceh,melalut pulak.haha..Ok, serius. Sebab aku sedar aku pun tak baik mana kalau nak berharap beristerikan wanita-wanita yang super baik. Too many flaws,itupun sebab ada Allah SWT yang masih menutup aib-aib diri aku. I just realized my boundary and limit. I do have a soft spot for someone but well, I think it's better to remain silent.for the time being. If she might have the same feeling,it's great. If not, takpelah, maybe Allah has a different plan for me. hewhew. :)

Jujurnya aku senang tengok wanita yang mahu mendekatkan diri dengan Islam. Tak perlu dipaksa, Dia sendiri yang faham akan tanggungjawabnya sebagai bakal isteri dan ibu. Tak semestinya kena macam ustazah.Sebab susah sebenarnya nak membentuk keluarga yang mempunyai kefahaman Islam kalau buat 'kerja seorang'. Lelaki pun sepatutnya jauh lebih bertanggungjawab, memiliki kesedaran yang tinggi untuk berubah ke arah lebih baik.Imam keluarga.Culas dengan perkara ini maka mungkin diheret masuk neraka oleh ahli keluarga padahal pada sangkaannya telah beribadat seperti ahli syurga semasa hayatnya di dunia. Nauzubillah.

Teringat kata-kata Ustazah Fatimah Syarha masa tgk video talk bersama husband Dr Farhan. Lebih kurang macam ni lah 'Kalau kita dah bercinta sakan dengan boyfriend/girlfriend kita, n then tiba-tiba kita takda jodoh dengan dia,ditakdirkan kahwin dengan orang lain, mesti susah nak lupakan,bukan?. Memori-memori dibawa bersama diri sepanjang hayat. Ada 'tendency' nak compare husband dgn ex-bf/gf kita. Kita mungkin cakap senang,tapi cuba jujur dengan diri sendiri. Not all day but at times. Mungkin ada kekurangan husband/wife kita yang kita rasa macam tak boleh terima atas sebab gf/bf kita jauh lebih baik. Contoh: suami tak pandai sangat memujuk.Kalau dulu boifren rajin mengayat dan bagi suprise,gift or whatever. Padahal si suami bekerja keras mencari dan memberi nafkah hari-hari , sanggup mengambil cuti untuk menjaga si isteri yang sakit? Unfair right?this also applicable to men.

*wait, i'm not being emotional k.siap leh pi minum air.lol

What I'm thinking right now is I should keep all those sweet,romantic stuffs only for my wife. *bajet la kau majud.geli tahu*Yeah,I do have memories hiding inside me  but in sya allah as time goes on, may Allah SWT makes them as history to learn from,not as tool to hurt the other one. Jangan putus asa rahmat Allah SWT dan teruskan berusaha dan berdoa untuk menjadi lebih baik. Ameen.
Till then :)


Wednesday, January 16, 2013

Saya dah kumpul duit tapi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebenarnya sy pun tak ada motif yang kukuh untuk menulis namun biasalah...penanam anggur macam sy ada banyak kelapangan masa  untuk mencoret sesuatu. *alhamdulillah* Saban hari,bangun pagi kena basuh baju, sidai baju, buang sampah,lipat baju.kalau rajin masak 'lunch'.Pergh,memang suri rumah berjaya. Itulah, dah ada kerja dulu gatai dok quit, la ni ada sahaja ruang untuk kebosanan cuba menerobos ke dalam hatiku dikala aku diulit kesenangan. eceh bajet je.*sambil menghirup kopi Radix .Tapi tak menyesal pun. Baik berbakti kepada keluarga sementara waktu ini daripada kerja separuh mati semata-mata untuk beberapa keping wang kertas.Just saying.
Now I'm considering to open my own business. Bisnes apa? Rahsia. Biar dah agak2 stabil baru go public.haha

Well, somehow I feel my life now is a bit empty,shallow perhaps? Tak lah sepanjang masa kan. Bila mana kita dekat dengan Allah SWT,memang rasa tenang. I mean the times when you are alone and far from Him. Yeah, I do enjoy 'freedom' that I haven't got for a long time but yeah I also feel pretty awkward with this kind of feeling. Yet I'm still in recovery mode. Recovering from mass depression.Depression due to a broken hearted.  I never thought that the effect of heartbreak would be so devastating.

Serius dah macam orang sakit mental. Wandering around my house aimlessly, speaking like an unschooled child at times.My attention level depreciates sharply. Hidup dalam dunia sendiri. kadang-kadang keluar malam sorang-sorang,konon nak menenangkan diri tapi nasib baik tak eksiden hari tu. Yang paling kurang bijak,ada masa nak pi tgh jalan-jalan.Tak kisah apa nak langgar pun.Lori ke,kereta ke.Bcoz the pain was so unbearable. Nauzubillah dan alhamdulillah. Ingatkan dalam drama je ,rupanya memang betul.LOL untuk diri sendiri. So,can you see the other side of love?

Mungkin ini juga karma. Pembalasan yang setimpal untuk diri. What you give, you get back. Whatever 'noble' reasons you might give. Ada juga perasaan seperti dizalimi dan dianiaya. Kalau ikut  kata hati yang terluka dan disogok pula dengan hasutan syaitan, rasa nak doakan 'mereka yang terlibat' akan 'suffer' lebih teruk daripada apa yang sy kena. But somehow it's against my principle.
Walau seteruk mana pun kita rasa kita derita, adalah lebih baik mendoakan yang baik-baik untuk kedua-dua pihak. Personally I don't really know how to hold grudge on others.I hate to keep those negative,ill feelings .Sebab hati yang penuh kebencian sebenarnya menutup 'penglihatan' kita unutk menilai segala hikmah dan kebaikan yang Allah SWT beri pada diri kita. Memang sedih dan sakit hati juga tapi sebagai seorang Mukmin,sy harus percaya bahawa semua yang berlaku atas kehendak Allah SWT. Mungkin semua ini terjadi atas kesilapan diri sendiri juga so tak boleh nak menuding jari pada pihak di sana. Jangan sebab sepuluh kesalahan dia,seribu kebaikan dia dilupakan.
Wallahu alam.

Kita merancang,Allah SWT yang menentukan. He knows best for us. Bukanlah nak sangat menjaja kisah sendiri tapi dengan niat supaya boleh menjadi iktibar yang berguna kepada orang lain. Tak salah kalau memiliki cinta tapi biarlah kena pada caranya. I admit that I was wrong. Cakap tak serupa bikin,right? Yup, I was confused and hence my attitude was confusing. Ironic with what I preach. Atas sebab takut kehilangan. Internal conflict. What I understood,what should I do clashed with what I want and personal desire. Memang serabutlah jadinya bila dua perkara yang jelas bertentangan cuba diharmonikan.

Masa itu sebahagian daripada rawatan. So I should use this opportunity to reflect what happened in the past and present, to search for my own faults,to dig blessings in disguise and also most importantly to redefine myself. Like stated in the Jason Mraz's song named  I Won't Give Up' .Kalau tak pernah dengar,klik sini

At least we did intend for us to work,
We didn't break, we didn't burn,
We had to learn,how to bend,
Without the world caving in,
I had to learn,what I've got,
And what I'm not,
And who I am

After a while, I realized that I still need to equip myself with adequate knowledge esp Islamic knowledge, living skills and social skills. Haa, not to forget, MONEY~. Like my parents said,kalau takde 15,000 jangan fikir kahwin lagi. Err..hurm, challenge accepted! I guess it's possible to reach that number by next year IF I were to teach in any MRSM not later than May. So now I need to continue back my efforts.Even though I have no definite 'calon' yet. Road to marriage 2014. Haha. Insyaallah.  :)

p/s: Adik-adik yang masih muda dan sedang belajar, kejarlah cita-cita dulu.Bagi yang Muslim,semua yang berlaku pada diri saya mengajar diri akan yang hanya kekal adalah Allah SWT.Cinta boleh datang dan pergi,kadang-kadang seperti angin lalu, hanya kerana rasa cinta manusia itupun anugerah daripadaNya .Perjalanan hidup masih panjang dan berliku. Semoga kita semua sentiasa dilimpahkan hidayah dan rahmat-Nya. Till then :)





Friday, January 11, 2013

Inequality is everywhere!

Serius, walaupun sudah sehari menyerahkan kad nama kepada manager Pacific, masih terasa sengal-sengal badan ini. Eh, lupa pula nak cerita daripada awal. Saya sudah menamatkan perkhidmatan saya sebagai macai 'sales assistant' di sebuah pasaraya yang agak besaq di Alor Setar ini setelah membanting tulang,mengerah keringat selama 4 bulan..ok tipu..4 HARI..loser habis..haha..diri sendiri pun tergelak mengenangkan kesengalan diri. Tapi sebenarnya ada sebab-sebab tersendiri :)

To be honest, my real intention to work there was to gain experience, to gain useful,rare insight of life of people who are working with this company especially Malay. Nak kata gaji rendah, taklah sangat cuma tak setimpal dengan kerja. 9 hours work with only one hour break. serius pancit. Kerja kat department 'hamper'. Dengar awal-awal macam OK skali bila dah start kerja, habis-habisan mereka 'tekan'. Sy la yang angkut barang2 yang agak berat daripada 'warehouse' ,sy la susun barang-barang dan sy juga yang 'wrap' hamper. Sehari mau 70 hamper..

Yang sy rasa kurang puas hati adalah skim bayaran gaji yang racist. Pekerja berbangsa Cina dapat basic salary paling rendah RM900. Yang Melayu RM600. Beza RM300 itu sebenarnya signifikan. Mungkinlah jika ibu-bapa orang berada,tak terasa sangat. Rasa tak cukup duit, parents boleh topup. Bagaimana dengan nasib keluarga yang bergantung harap dengan salah seorang pekerja untuk membantu meringankan beban keluarga seperti membayar sewa rumah, sewa kereta dan lain-lain?

Lagi satu yang sy tak berkenan tentang syarikat ini ialah double standard dalam sistem kenaikan pangkat. Kalau Melayu, kerja lebih 5 tahun baru la dapat tahap 'supervisor'. In contrast,some Chinese workers are working as executive officers. Muka muda-muda belaka. Salah seorang pekerja Melayu yang telah bekerja selama 6 tahun,masih berkhidmat sebagai staff biasa. Dalam ramai-ramai staff, hanya seorang sahaja Melayu yang berjawatan tinggi skittt iaitu supervisor. Orang-orang atasan semua Cina. Don't get me wrong. I'm not being racist here. I'm just telling you the truth. Kang tak pasal-pasal ingat sy geng PERKASA or PEKIDA.lol

Sad truth is we are 'discouraged' to perform salah (solat). Kalau nak solat pun, terpaksa cakap nak pegi toilet. *tak menipu pun sebab memang kena amek wudhuk kat tandas*. Pada hari kedua sy bekerja shift petang (1 PM- 10 PM), waktu rehat hanya 5.30-6.30PM or 6.30-7.30PM. Punch card pukul 1,waktu zuhur pun tak masuk lagi. Memanglah surau staff ada disediakan tapi punyalah kecil. Hanya memuatkan 3 orang pada satu masa DAN campur laki perempuan. I mean kalau perempuan tengah solat di dalam walaupun seorang, kami lelaki terpaksa menunggu di luar. Nasib baikk haritu supervisor department pergi uruskan hal lain so taklah kantoi lama sangat 'pergi tandas'. Waktu Maghrib pulak sy solat di celah-celah kotak di dalam stor yang berhabuk.

 Tapi yang paling menyedihkan aku adalah sikap anak-anak Melayu di situ. Mentaliti sesetengah orang Melayu. Surau besar mana pun bukan semua nak datang solat. Tak kurang juga meringan-ringankan solat. Ada yang cakap 'nak buat mcm mana,dah kerja,nanti balik rumah boleh qada solat'.
I was like --> (O_o) . Mungkin ini satu perkara di luar kebiasaan bagiku ;maybe for some of them,it's normal. Daripada perbualan dengan beberapa staff di situ, sy dapat tahu beberapa kes pecah amanah dilakukan oleh anak bangsa kita. Aduh. Contoh: dalam warehouse yang ada banyak kotak-kotak minuman/makanan, depa songlap satu dua katun, dan enjoy bersama rakan-rakan sekerja yang lain.

Ada yang bagi reason 'kita kerja teruk-teruk tapi dapat sikit'. Come on lah dik, ak nampak korang banyak lepak kat tandas,hisap rokok adalah. Pantang takda kerja skit,zuppp..hilang.

Haa,,satu lagi rule yang ak tak dapat terima ialah pekerja-pekerja tak dibenarkan membawa telefon bimbit a.k.a handphone. Masa nak terima kerja itupun sebenarnya dah teragak-agak, fikir dua tiga kali tapi atas sebab niat ingin belajar sesuatu,sy pun mengangguk tanda setuju. Ada staff cakap dulu boleh bawak tapi sejarah kenapa HP tak boleh bawak itu tak sempat nak tahu pula.


Personally,takdelah merungut sangat dengan semua ni bcoz I was mentally prepared to face this kind of circumstances. In my opinion, this kind of work does help me to improve my soft skills,train me to be more street wise rather than book wise. However, this laborious, repetitious and boring job drained out my energy so heavily that I couldn't think something else but sleep. No real quality time for me to spend on my books. For me, knowledge is my priority; ahead of my physique. Kalau badan sasa sebab banyak buat kerja tapi ilmu di dada tak ada pun tiada guna kan? Tapi tak guna juga kalau diri cerdik ilmu pengetahuan tapi fizikal tak kuat. :)

In short, I also learned that some people like me just working for fun, to kill boredom but some people are working for living. Kalau tak kerja tak boleh, nanti sapa nak bayaq yuran pengajian anak di sekolah/kolej/universiti. Actually,rasa bersalah pula kat makcik2 dan auntie2 yang dah baik dengan sy. Tapi takpalah, pertemuan yang singkat tapi sangat bermakna untuk sy. InsyaAllah saya akan doakan, mudah-mudahan kehidupan anda semua dipermudah dan diberkati-Nya.ameen :)

Now looking forward to visit/meet my friends at selatan tanah air esp Melaka and my KMS ex-teachers :D








Sunday, January 6, 2013

Cinta Halal

Haaa..gempak tak title post? Before it can be misleading, it's actually about a short movie (yeke?) starred by Nur Fathia and Fahrin Ahmad. Ok, sy tak bias. Kebetulan je Fahrin berlakon dalam cerita itu. Dah dalam twitter FA dia duk sebuk suruh tengok, jadi sy memperuntukkan sejam lebih untuk cerita ini. I guess some of you have watched this movie,right? If not, here is the link



The purpose of this entry is not to promote this movie but I would like share my opinions after watching this movie. Biasalah, kalau tengok movie berjam-jam tapi tak dapat apa-apa, rugi.

   Watak Syed lakonan Fahrin ini menggambarkan seorang lelaki yang baik agamanya,gentleman,baik paras rupa dan bekerjaya tinggi. Kurniaan-kurniaan Ilahi yang selesa ini sebenarnya kadang-kadang membutakan lelaki. He also want the one who perfectly match to him. Match as in parallel in terms of everything. Kalau berpendidikan tinggi , dia mesti nak yang sama juga. Kalau boleh nak cari karakter yang sebjik macam dirinya.Mungkin tak semua lelaki, tapi orang berkarakter itu memang wujud. Iyalah,kalau tidak,masakan wujud cerita ini bukan?

    Kadang-kadang lelaki macam ini mungkin dari kecil sudah biasa dengan kitar hidup yang selesa dan dilingkari dengan kehidupan manusia lebih kurang sama. This is also applicable to woman too. Diri tak pernah melalui kehidupan yang susah, ahli keluarga,adik-beradik semua dibesarkan dengan 'sempurna'. Bila sudah besar dewasa, ada 'tendency' untuk melihat kehidupan orang lain yang tak sama acuan seperti yang dia alami seperti 'kureng'. Macam kehidupan dia sahaja yang perfect? Mungkin wanita/lelaki bersikap sedemikian adalah disebabkan keluarga yang 'disfunctional' ke, sejarah hitam ke, dan lain-lain.

   Movie ini juga membuatkan sy melihat cinta itu dari perspektif lain. Dan juga reinforce my thought about love. *cinta lagi~,boleh tukar tema for the next entry please?

  Kadang-kadang kita rasa kita patut 'jatuh cinta' pada seseorang yang sangat serasi dengan kita, dari segi karakter, tingkah laku dan juga minat. Seolah-olah ada chemistry. Easily get into each other. Tak dinafikan, memang kita digalakkan mencari seseorang terutama calon isteri atau suami yang 'kena' dengan citarasa kita. Tapi kita lupa bahawasanya citarasa kita HENDAK itu tak selalunya sama  dengan apa yang kita PERLU. Allah SWT lebih tahu, Contoh dalam movie ini, watak wanita kasar digalasi oleh Fathia sebagai Ismi pada asalnya menjengkelkan Syed. Pilihan hati Syed adalah seorang wanita yang bertuduh agak labuh, sopan-santun, pijak semut tak mati lah senang kata. 

  Dipendekkan cerita selepas dikecewakan gadis pilihan hati, Syed akhirnya mula sedar bahawa keikhlasan dan kejujuran wanita itu penting. Yang lebih penting, karakter Ismi yang gila-gila itu melengkapi dirinya yang 'soft spoken' dan agak 'formal'. In real life, you can also see some real examples :)

Cerita itu diakhiri dengan Syed melamar Ismi;menjadi yang halal untuknya. Katanya.. Somehow I agree with the beauty of this kind of life. However in my opinion, the most important thing to consider is her/his religion. Kalau masa-masa 'cinta berputik' memang lah rasa syiok, rasa semua benda boleh harungi tapi kita kena sedar betapa besarnya tanggungjawab seorang suami dan isteri. Silap gaya, si suami meringkuk dalam neraka dek isteri dan juga sebaliknya walhal di dunia mereka telah menikmati sebuah kehidupan yang 'bahagia'. Nauzubillah. Hendak merubah seseorang itu bukan mudah. Tak kira lelaki atau perempuan. Kalau sebelum kahwin jenis liat solat, kalau lepas kahwin kita boleh ke nak expect dia berubah dalam masa yang singkat? Two way communication,relationships together heading in the same direction. :)  *oh no,another lame quote

Lastly, terletak pada diri sendiri yang mencorak atau menentukan arah tuju dan matlamat hidup. Asalkan kita berusaha mencapai redha-Nya, Insyaallah Dia akan memudahkan segalanya :)


 




     




 

Tuesday, January 1, 2013

Say Hi to 2013

Kenapa buat blog baru? Dah takda kerja lain? OK, first of all,the first reason why I'm 'rebranding' my blog is because it feels good to start something new on this New Year! So it's easy to remember the birthday of this new blog.    *stop please,u r lame

Lagipun saya berniat ingin menukar wajah,cara penyampaian, dan juga gaya penceritaan. Hurm, memandangkan masih menganggur, jadi masa yang ada akan cuba dimanfaatkan sebaiknya. I love to read,observe and think about anything but somehow it's hard for me to put into proper verbal words. The other side of me will be unveiled  using this blog.


Okay, petang tadi ada terbaca satu rencana mengenai seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang berjaya dicekup atas tuduhan ingin merogol seorang wanita di dalam tandas. Niat kurang baik si budak ini berjaya dikesan oleh teman lelaki wanita itu sendiri. Untuk makluman lebih lanjut,sila baca menerusi pautan ini .

Agak terkejut juga bila baca berita ni..13 tahun kot..form 1 lagi..Dah sampai tahap berani nak rogol wanita yang jauh lebih tua.. Walaupun kes ini sangat jarang terjadi, tapi sudah memberi sedikit gambaran kasar akan keadaan semasa remaja-remaja di Malaysia. Memang tak dinafikan, ramai juga remaja-remaja terutamanya yang Muslim kini sudah terarah untuk mendalami Islam namun tak kurang juga yg semakin liar..Keadaan masyarakat berubah dengan berubahnya zaman. Kalau dulu zaman 70-an, kes rogol taklah sekerap didengar zaman sekarang walhal zaman tu sinar tarbiyah Islami masih belum cukup meluas. Zaman dulu tak tutup aurat,tunggang arak itu biasa namun taklah seperti sekarang. Zaman sekarang, ceramah Uztaz Azhar Idrus ada di mana-mana,beratus ribu video Islamik atau berunsur kerohanian telah 'diupload' di YouTube atau mana-mana website.Di mana silapnya?

*menulis dgn agak serius tapi taklah marah*

Mungkin reason2 tu kalian boleh fikirkan sendiri.Hidup di zaman teknologi yang sgt canggih.Internet kini tangan anda,di mana sahaja. Yang buat saya terfikir ialah, bagaimana generasi kami ini nanti ingin mendidik anak-anak supaya dapat terjaga dari gejala-gejala tidak sihat yang mencengkam anak-anak Melayu beragama Islam? Sedangkan dari pengalaman hidup saya sendiri, my mum and dad pun dah berhempas-pulas mendidik kami adik-beradik terutama si teruna2 dengan acuan Islam namun jujurnya kami pun 'belum mencapai tahap yang benar-benar memuaskan'. *facepalm

Bila cuti panjang ini, bila lebih banyak meluangkan masa di rumah setelah bertahun-tahun berkelana di seberang laut, barulah saya dapat lebih merasai kepayahan ibu-bapa saya dalam mendidik anak-anak untuk menjadi lelaki atau insan yang benar Islamnya. Pesan berkali-kali tapi susah jugak perubahan itu untuk 'melekat' secara permanent. Pasti cabaran yang lebih besar menanti kita di masa hadapan.

I also learned that it's hard to change someone's attitude or personality even though he/she has been equipped with proper knowledge. Even myself. Jahiliyah masih banyak. Sudah tahu salah tapi kadang2 buat juga. So I speak to myself that I NEED TO CHANGE MYSELF FIRST. Betulkan niat. Berubah untuk Allah SWT,bukan untuk orang lain. Insyaallah,dengan niat yang betul kesannya juga akan baik  :)   *I got another valuable lesson here

Jangan berubah sorang2. Jangan menutup rahmat Allah SWT untuk sampai kepada orang lain meskipun kita mungkin tak suka dia atas apa-apa sebab. Dosa; bak kata Dr Asri Zainal Abidin. Easier said than done? Memanglah,sebab itu kita kena mula belajar dan berlatih dari sekarang :)