Wednesday, February 6, 2013

Small boy,Big heart,Boundless legacy

Beli buku baru dgn harapan utk dikhatamkan malam ini,last-last tertarik dgn sebuah buku milik makcik aku ketika masih gadis sunti.Judulnya 'Detik-detik hidupku: Hassan Al Banna'.Antara kisah yang menarik tentang beliau adalah seperti berikut:

"Saya masih ingat,satu hari saya berjumpa pengetua kerana memberi senarai nama-nama penuntut yang tidak hadir ke kuliah. Saya bertugas dalam kelas itu.Saya dapati Pengarah Pelajaran,Syed Raghib berada di pejabat pengetua.Beliau merenung pakaian saya.Ketika itu saya sedang berserban,berbaju labuh serta berkasut seperti orang mahu menunaikan haji.Pengarah menyoal saya, 'Mengapa awak berpakaian begini?'Saya menjawab,'Kerana pakaian ini menepati sunnah'. Pengarah bertanya lagi, 'Adakah awak telah mengamalkan sunnah-sunnah yang lain dan hanya sunnah ini sahaja yang tetap dilakukan? Saya membalas,'Tidak,sunnah-sunnah lain saya masih tidak amalkan kerana saya sangat cetek dalam perkara ini.Namun begitu,ini adalah usaha saya untuk mengikuti sunnah'.

Pengarah itu lalu berkata,'Awak telah melanggar peraturan tatasusila tertib maktab dengan berpakaian begitu.' Saya pun menyoal kembali, ' Bagaimana tuan menuduh saya melanggar peraturan tatatertib?TataTertib maktab mengkehendaki saya hadir ke kelas tepat pada waktunya. Dari segi ini,saya tidak pernah ponteng pun.Sementara dalam kemajuan pelajaran dan kerajinan saya selalu mendapat nombor satu dalam kelas.Kalau begitu bagaimana saya dituduh melanggar tatasusila Maktab?Pengarah,itu menyambung,'Jika awak bertegas hendak memakai pakaian itu apabila menamatkan pengajian di maktab ini,maka Jabatan Pelajaran,takkan melantik awak sebagai guru atas alasan awak berpakaian tidak senonoh di hadapan penuntut'.

Saya menjawab,'Masa itu belum tiba lagi.Apabila ia tiba,Jabatan Pelajaran bebas mengambil tindakannya dan saya bebas membuat keputusan saya.Rezeki saya tidak berada di tangan Pengarah Pelajaran mahupun di tngan Kementerian Pelajaran.Pengarah senyap tidak menjawab. Pengetua mencelah dan memperkenalkan saya kepada Pengarah sejurus sebelum saya pulang ke kelas."

No comments:

Post a Comment