Friday, January 25, 2013

Eagle In The Sky

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan menggunakan tenaga yang tersisa dan mata yang nak separuh terlelap, ku kuatkan jua jari-jemari untuk menekan-nekan papan kekunci (baca: keyboard). Just came back from a sharing session with representatives from Ikhwanul Muslimin ,Egypt (tapi gaya mereka santai mcm pakcik2,friendly) Seawal jam 8.30 pagi sampai 5.00 petang.So insyaallah I would like some knowledge with you guys before I forgot all important points..hehe

The main theme of the sharing session was about the 'youth'. Pemuda dalam bahasa Melayu nya. Syabab pula 'term' mereka kadang-kadang guna untuk merujuk kepada pemuda pemudi macam kami tadi dalam bahasa Arab. Disebabkan sampai agak lewat atas sebab tersesat, maka sesi pertama tu dah nak sampai penghujung. Jadi, tak dapat sepenuhnya pengisian.What I only truly remember is 'the importance of our YOUTH time. Penceramah tersebut menegaskan bahawa sekiranya di masa kita menjadi mahasiswa di mana-mana universiti atau institut pengajian tinggi kita kita jadi 'lemah' atas sebab lebih banyak menghabiskan masa dan tenaga yang tak berkait langsung dengan Islam serta tidak menghidupkan diri dengan amal Islami, maka selepas tempoh tersebut kita juga akan sangat mudahnya terus hanyut dibuai dunia dan semakin 'lemah'. Masa usia 20-25 tahun adalah prime time for everyone to offer what she/he got and contribute to Islam and society. Ok,ayat last ini aku adjust skit.hehe

*kasihan sisters yang follow 'kesesatan' kitorang pagi tadi. Asalkan sampai kan?hehe

Okay next the second session is about the important qualities that every Muslim youth should have.
Yang aku paling tertarik ialah bila speaker tersebut memberi perbandingan anak muda dengan helang. Yes, helang a.k.a eagle. He asked us to guess all similarities between youth and eagle before explaining his answers. Aku pun dengan separa serius,separa mengantuk pun memandang slide show gambar helang tersebut agak lama.Bukan termenung tapi berfikir. Then tak sempat aku nak tulis semua point2 aku, speaker dah tanya dua peserta program. Antara jawapan yang diberi oleh para peserta adalah daya penglihatan yang kuat dan tangkas. Speaker jawab 'na'am' je sambil tersenyum. Aku rasa dia ikhlas lah kot. OK, berikut adalah jawapan daripada speaker itu sendiri.

1) Qawiy (kuat)
- Seperti gagahnya si helang memburu mangsa, seperti itulah seharusnya pemuda-pemudi Islam. Tak mudah bersedih hati akan perkara-perkara kecil. Sentiasa bersemangat dalam memacu dan memperbaik kehidupan seharian.

2) Cepat dan tangkas (suka la peserta tu sebab betul)

3) Bebas.  
-Helang terbang bebas di angkasa dengan gahnya.Dalam konteks manusia pula,'bebas' boleh dikaitkan dengan tak terikat dengan mana-mana entiti atau apa-apa kecuali Allah SWT. Tak diperhamba oleh nafsu)

4)Berpandangan tajam,jauh dan luas.
- Disebabkan kelebihan si helang boleh terbang jauh tinggi di langit berbanding burung-burung biasa maka helang memang ada kebolehan untuk melihat apa yang burung-burung lain 'tak nampak'. Untuk kes ini. speaker tersebut menghuraikan hujah persamaan dengan anak muda dengan menyatakan bahawa kita seharusnya tidak melihat Islam hanya sebagai ibadat dan hukum-hukum feqah (sepertimana yang kerajaan Inggeris telah menggariskan dan 'menetapkan mindset' kita sejak dari bangku sekolah dalam subjek Pendidikan Islam). Islam seharusnya lebih daripada itu.Tak terhenti hanya pada solat,zakat,puasa dan sebagainya. Fokus kita adalah untuk menegakkan kembali khilafah Islam yang telah berkurun lamanya hilang. Maka perlu bermula dengan kesedaran individu untuk melakukan transformasi diri dan berbakti untuk agama ini.Dan pemuda lah golongan sasaran yang paling efisyen. :)


Saya harap perkongsian serba ringkas dan mungkin terkurang sana sini at least bermanfaat untuk anda dan juga diri sendiri. Bukan apa,tadi masa lalu kat kantin sekolah tu nampak mural yang tertulis 'Ilmu yang tidak diamalkan seperti pohon yang tak berbuah' maka aku pun sentap on the spot~.
Till then :)

*Ada salah seorang speaker bertanya pada kami, 'Siapa pagi tadi solat tahajud?' Sisters mengalihkan pandangan ke kawasan brothers. Kami hanya berpandangan sesama sendiri, tersenyum kambing dan ada yang buat-buat menulis. Serius aku rasa macam kena tampar. Ergh~




No comments:

Post a Comment