Monday, January 21, 2013

If I could keep a rainbow

Sedang aku mencarik-carik roti canai dengan tekun, tiba-tiba ibu membuka cerita tentang anak jiran-jiran sebelah yang sudah hampir bergelar suami atau isteri tak lama lagi. Aku hanya membalas sepatah-sepatah dan gelak kecil. 'Oh baguslah,alhamdulillah', 'La,yeke,kenapa ditangguhkan majlis walimah'.Ya, soalan-soalan begini. Rasa bersalah terhadap dirinya kerana seperti tidak acuh.

*ini bukan cerpen*

Seusai makan aku pun membawa pinggan ke dapur untuk dibasuh. Tidak semena-mena ibu mengusik 'Emi carilah calon, tambah,kumpul lagi duit. Kalau tiada calon,ibu boleh carikan'. Seriusly aku tergamam.Literally.Aku pun jawab, entahlah ibu,malas pula nak fikir'.That was my spontaneous answer. Jujurnya aku dah agak tawar hati. Dah taknak serabut-serabut.Setelah apa yang telah terjadi. Tragedi Oktober Januari.

Ibu pun lantas menyambung, "Kawan-kawan ibu ada tanya,Hilmi tu dah berpunya ke? Ibu ada berkenan dengan anak makcik xxx (sori tak ingat.haha). Baik je ibu tengok.Tapi itulah dia pernah belajar di Darul Quran". Pergh. sentap. Bagai langit dan bumi. Aku pun menyusun kata-kata di dalam kepala lalu menjawab 'Memanglah,kalau boleh kita memang nak baik,solehah dan lain-lain tapi Emi takut menghampakan dia pulak .Mungkin dia ada expectation yang tinggi'. Taknak mengecewakan seseorang dan akhirnya derita dalam senyap,menzalimi dalam tidak sedar. Okey,ayat last ni cakap dalam hati je.

Personally aku taklah meletakkan harapan yang tinggi menggunung untuk bakal isteri. Asalkan dia tahu masak, pembersih, understand my hobbies,pandai jaga diri sendiri dan suami. Ceh,melalut pulak.haha..Ok, serius. Sebab aku sedar aku pun tak baik mana kalau nak berharap beristerikan wanita-wanita yang super baik. Too many flaws,itupun sebab ada Allah SWT yang masih menutup aib-aib diri aku. I just realized my boundary and limit. I do have a soft spot for someone but well, I think it's better to remain silent.for the time being. If she might have the same feeling,it's great. If not, takpelah, maybe Allah has a different plan for me. hewhew. :)

Jujurnya aku senang tengok wanita yang mahu mendekatkan diri dengan Islam. Tak perlu dipaksa, Dia sendiri yang faham akan tanggungjawabnya sebagai bakal isteri dan ibu. Tak semestinya kena macam ustazah.Sebab susah sebenarnya nak membentuk keluarga yang mempunyai kefahaman Islam kalau buat 'kerja seorang'. Lelaki pun sepatutnya jauh lebih bertanggungjawab, memiliki kesedaran yang tinggi untuk berubah ke arah lebih baik.Imam keluarga.Culas dengan perkara ini maka mungkin diheret masuk neraka oleh ahli keluarga padahal pada sangkaannya telah beribadat seperti ahli syurga semasa hayatnya di dunia. Nauzubillah.

Teringat kata-kata Ustazah Fatimah Syarha masa tgk video talk bersama husband Dr Farhan. Lebih kurang macam ni lah 'Kalau kita dah bercinta sakan dengan boyfriend/girlfriend kita, n then tiba-tiba kita takda jodoh dengan dia,ditakdirkan kahwin dengan orang lain, mesti susah nak lupakan,bukan?. Memori-memori dibawa bersama diri sepanjang hayat. Ada 'tendency' nak compare husband dgn ex-bf/gf kita. Kita mungkin cakap senang,tapi cuba jujur dengan diri sendiri. Not all day but at times. Mungkin ada kekurangan husband/wife kita yang kita rasa macam tak boleh terima atas sebab gf/bf kita jauh lebih baik. Contoh: suami tak pandai sangat memujuk.Kalau dulu boifren rajin mengayat dan bagi suprise,gift or whatever. Padahal si suami bekerja keras mencari dan memberi nafkah hari-hari , sanggup mengambil cuti untuk menjaga si isteri yang sakit? Unfair right?this also applicable to men.

*wait, i'm not being emotional k.siap leh pi minum air.lol

What I'm thinking right now is I should keep all those sweet,romantic stuffs only for my wife. *bajet la kau majud.geli tahu*Yeah,I do have memories hiding inside me  but in sya allah as time goes on, may Allah SWT makes them as history to learn from,not as tool to hurt the other one. Jangan putus asa rahmat Allah SWT dan teruskan berusaha dan berdoa untuk menjadi lebih baik. Ameen.
Till then :)


No comments:

Post a Comment