Sunday, January 6, 2013

Cinta Halal

Haaa..gempak tak title post? Before it can be misleading, it's actually about a short movie (yeke?) starred by Nur Fathia and Fahrin Ahmad. Ok, sy tak bias. Kebetulan je Fahrin berlakon dalam cerita itu. Dah dalam twitter FA dia duk sebuk suruh tengok, jadi sy memperuntukkan sejam lebih untuk cerita ini. I guess some of you have watched this movie,right? If not, here is the link



The purpose of this entry is not to promote this movie but I would like share my opinions after watching this movie. Biasalah, kalau tengok movie berjam-jam tapi tak dapat apa-apa, rugi.

   Watak Syed lakonan Fahrin ini menggambarkan seorang lelaki yang baik agamanya,gentleman,baik paras rupa dan bekerjaya tinggi. Kurniaan-kurniaan Ilahi yang selesa ini sebenarnya kadang-kadang membutakan lelaki. He also want the one who perfectly match to him. Match as in parallel in terms of everything. Kalau berpendidikan tinggi , dia mesti nak yang sama juga. Kalau boleh nak cari karakter yang sebjik macam dirinya.Mungkin tak semua lelaki, tapi orang berkarakter itu memang wujud. Iyalah,kalau tidak,masakan wujud cerita ini bukan?

    Kadang-kadang lelaki macam ini mungkin dari kecil sudah biasa dengan kitar hidup yang selesa dan dilingkari dengan kehidupan manusia lebih kurang sama. This is also applicable to woman too. Diri tak pernah melalui kehidupan yang susah, ahli keluarga,adik-beradik semua dibesarkan dengan 'sempurna'. Bila sudah besar dewasa, ada 'tendency' untuk melihat kehidupan orang lain yang tak sama acuan seperti yang dia alami seperti 'kureng'. Macam kehidupan dia sahaja yang perfect? Mungkin wanita/lelaki bersikap sedemikian adalah disebabkan keluarga yang 'disfunctional' ke, sejarah hitam ke, dan lain-lain.

   Movie ini juga membuatkan sy melihat cinta itu dari perspektif lain. Dan juga reinforce my thought about love. *cinta lagi~,boleh tukar tema for the next entry please?

  Kadang-kadang kita rasa kita patut 'jatuh cinta' pada seseorang yang sangat serasi dengan kita, dari segi karakter, tingkah laku dan juga minat. Seolah-olah ada chemistry. Easily get into each other. Tak dinafikan, memang kita digalakkan mencari seseorang terutama calon isteri atau suami yang 'kena' dengan citarasa kita. Tapi kita lupa bahawasanya citarasa kita HENDAK itu tak selalunya sama  dengan apa yang kita PERLU. Allah SWT lebih tahu, Contoh dalam movie ini, watak wanita kasar digalasi oleh Fathia sebagai Ismi pada asalnya menjengkelkan Syed. Pilihan hati Syed adalah seorang wanita yang bertuduh agak labuh, sopan-santun, pijak semut tak mati lah senang kata. 

  Dipendekkan cerita selepas dikecewakan gadis pilihan hati, Syed akhirnya mula sedar bahawa keikhlasan dan kejujuran wanita itu penting. Yang lebih penting, karakter Ismi yang gila-gila itu melengkapi dirinya yang 'soft spoken' dan agak 'formal'. In real life, you can also see some real examples :)

Cerita itu diakhiri dengan Syed melamar Ismi;menjadi yang halal untuknya. Katanya.. Somehow I agree with the beauty of this kind of life. However in my opinion, the most important thing to consider is her/his religion. Kalau masa-masa 'cinta berputik' memang lah rasa syiok, rasa semua benda boleh harungi tapi kita kena sedar betapa besarnya tanggungjawab seorang suami dan isteri. Silap gaya, si suami meringkuk dalam neraka dek isteri dan juga sebaliknya walhal di dunia mereka telah menikmati sebuah kehidupan yang 'bahagia'. Nauzubillah. Hendak merubah seseorang itu bukan mudah. Tak kira lelaki atau perempuan. Kalau sebelum kahwin jenis liat solat, kalau lepas kahwin kita boleh ke nak expect dia berubah dalam masa yang singkat? Two way communication,relationships together heading in the same direction. :)  *oh no,another lame quote

Lastly, terletak pada diri sendiri yang mencorak atau menentukan arah tuju dan matlamat hidup. Asalkan kita berusaha mencapai redha-Nya, Insyaallah Dia akan memudahkan segalanya :)


 




     




 

No comments:

Post a Comment