Friday, January 11, 2013

Inequality is everywhere!

Serius, walaupun sudah sehari menyerahkan kad nama kepada manager Pacific, masih terasa sengal-sengal badan ini. Eh, lupa pula nak cerita daripada awal. Saya sudah menamatkan perkhidmatan saya sebagai macai 'sales assistant' di sebuah pasaraya yang agak besaq di Alor Setar ini setelah membanting tulang,mengerah keringat selama 4 bulan..ok tipu..4 HARI..loser habis..haha..diri sendiri pun tergelak mengenangkan kesengalan diri. Tapi sebenarnya ada sebab-sebab tersendiri :)

To be honest, my real intention to work there was to gain experience, to gain useful,rare insight of life of people who are working with this company especially Malay. Nak kata gaji rendah, taklah sangat cuma tak setimpal dengan kerja. 9 hours work with only one hour break. serius pancit. Kerja kat department 'hamper'. Dengar awal-awal macam OK skali bila dah start kerja, habis-habisan mereka 'tekan'. Sy la yang angkut barang2 yang agak berat daripada 'warehouse' ,sy la susun barang-barang dan sy juga yang 'wrap' hamper. Sehari mau 70 hamper..

Yang sy rasa kurang puas hati adalah skim bayaran gaji yang racist. Pekerja berbangsa Cina dapat basic salary paling rendah RM900. Yang Melayu RM600. Beza RM300 itu sebenarnya signifikan. Mungkinlah jika ibu-bapa orang berada,tak terasa sangat. Rasa tak cukup duit, parents boleh topup. Bagaimana dengan nasib keluarga yang bergantung harap dengan salah seorang pekerja untuk membantu meringankan beban keluarga seperti membayar sewa rumah, sewa kereta dan lain-lain?

Lagi satu yang sy tak berkenan tentang syarikat ini ialah double standard dalam sistem kenaikan pangkat. Kalau Melayu, kerja lebih 5 tahun baru la dapat tahap 'supervisor'. In contrast,some Chinese workers are working as executive officers. Muka muda-muda belaka. Salah seorang pekerja Melayu yang telah bekerja selama 6 tahun,masih berkhidmat sebagai staff biasa. Dalam ramai-ramai staff, hanya seorang sahaja Melayu yang berjawatan tinggi skittt iaitu supervisor. Orang-orang atasan semua Cina. Don't get me wrong. I'm not being racist here. I'm just telling you the truth. Kang tak pasal-pasal ingat sy geng PERKASA or PEKIDA.lol

Sad truth is we are 'discouraged' to perform salah (solat). Kalau nak solat pun, terpaksa cakap nak pegi toilet. *tak menipu pun sebab memang kena amek wudhuk kat tandas*. Pada hari kedua sy bekerja shift petang (1 PM- 10 PM), waktu rehat hanya 5.30-6.30PM or 6.30-7.30PM. Punch card pukul 1,waktu zuhur pun tak masuk lagi. Memanglah surau staff ada disediakan tapi punyalah kecil. Hanya memuatkan 3 orang pada satu masa DAN campur laki perempuan. I mean kalau perempuan tengah solat di dalam walaupun seorang, kami lelaki terpaksa menunggu di luar. Nasib baikk haritu supervisor department pergi uruskan hal lain so taklah kantoi lama sangat 'pergi tandas'. Waktu Maghrib pulak sy solat di celah-celah kotak di dalam stor yang berhabuk.

 Tapi yang paling menyedihkan aku adalah sikap anak-anak Melayu di situ. Mentaliti sesetengah orang Melayu. Surau besar mana pun bukan semua nak datang solat. Tak kurang juga meringan-ringankan solat. Ada yang cakap 'nak buat mcm mana,dah kerja,nanti balik rumah boleh qada solat'.
I was like --> (O_o) . Mungkin ini satu perkara di luar kebiasaan bagiku ;maybe for some of them,it's normal. Daripada perbualan dengan beberapa staff di situ, sy dapat tahu beberapa kes pecah amanah dilakukan oleh anak bangsa kita. Aduh. Contoh: dalam warehouse yang ada banyak kotak-kotak minuman/makanan, depa songlap satu dua katun, dan enjoy bersama rakan-rakan sekerja yang lain.

Ada yang bagi reason 'kita kerja teruk-teruk tapi dapat sikit'. Come on lah dik, ak nampak korang banyak lepak kat tandas,hisap rokok adalah. Pantang takda kerja skit,zuppp..hilang.

Haa,,satu lagi rule yang ak tak dapat terima ialah pekerja-pekerja tak dibenarkan membawa telefon bimbit a.k.a handphone. Masa nak terima kerja itupun sebenarnya dah teragak-agak, fikir dua tiga kali tapi atas sebab niat ingin belajar sesuatu,sy pun mengangguk tanda setuju. Ada staff cakap dulu boleh bawak tapi sejarah kenapa HP tak boleh bawak itu tak sempat nak tahu pula.


Personally,takdelah merungut sangat dengan semua ni bcoz I was mentally prepared to face this kind of circumstances. In my opinion, this kind of work does help me to improve my soft skills,train me to be more street wise rather than book wise. However, this laborious, repetitious and boring job drained out my energy so heavily that I couldn't think something else but sleep. No real quality time for me to spend on my books. For me, knowledge is my priority; ahead of my physique. Kalau badan sasa sebab banyak buat kerja tapi ilmu di dada tak ada pun tiada guna kan? Tapi tak guna juga kalau diri cerdik ilmu pengetahuan tapi fizikal tak kuat. :)

In short, I also learned that some people like me just working for fun, to kill boredom but some people are working for living. Kalau tak kerja tak boleh, nanti sapa nak bayaq yuran pengajian anak di sekolah/kolej/universiti. Actually,rasa bersalah pula kat makcik2 dan auntie2 yang dah baik dengan sy. Tapi takpalah, pertemuan yang singkat tapi sangat bermakna untuk sy. InsyaAllah saya akan doakan, mudah-mudahan kehidupan anda semua dipermudah dan diberkati-Nya.ameen :)

Now looking forward to visit/meet my friends at selatan tanah air esp Melaka and my KMS ex-teachers :D








No comments:

Post a Comment