Tuesday, January 1, 2013

Say Hi to 2013

Kenapa buat blog baru? Dah takda kerja lain? OK, first of all,the first reason why I'm 'rebranding' my blog is because it feels good to start something new on this New Year! So it's easy to remember the birthday of this new blog.    *stop please,u r lame

Lagipun saya berniat ingin menukar wajah,cara penyampaian, dan juga gaya penceritaan. Hurm, memandangkan masih menganggur, jadi masa yang ada akan cuba dimanfaatkan sebaiknya. I love to read,observe and think about anything but somehow it's hard for me to put into proper verbal words. The other side of me will be unveiled  using this blog.


Okay, petang tadi ada terbaca satu rencana mengenai seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang berjaya dicekup atas tuduhan ingin merogol seorang wanita di dalam tandas. Niat kurang baik si budak ini berjaya dikesan oleh teman lelaki wanita itu sendiri. Untuk makluman lebih lanjut,sila baca menerusi pautan ini .

Agak terkejut juga bila baca berita ni..13 tahun kot..form 1 lagi..Dah sampai tahap berani nak rogol wanita yang jauh lebih tua.. Walaupun kes ini sangat jarang terjadi, tapi sudah memberi sedikit gambaran kasar akan keadaan semasa remaja-remaja di Malaysia. Memang tak dinafikan, ramai juga remaja-remaja terutamanya yang Muslim kini sudah terarah untuk mendalami Islam namun tak kurang juga yg semakin liar..Keadaan masyarakat berubah dengan berubahnya zaman. Kalau dulu zaman 70-an, kes rogol taklah sekerap didengar zaman sekarang walhal zaman tu sinar tarbiyah Islami masih belum cukup meluas. Zaman dulu tak tutup aurat,tunggang arak itu biasa namun taklah seperti sekarang. Zaman sekarang, ceramah Uztaz Azhar Idrus ada di mana-mana,beratus ribu video Islamik atau berunsur kerohanian telah 'diupload' di YouTube atau mana-mana website.Di mana silapnya?

*menulis dgn agak serius tapi taklah marah*

Mungkin reason2 tu kalian boleh fikirkan sendiri.Hidup di zaman teknologi yang sgt canggih.Internet kini tangan anda,di mana sahaja. Yang buat saya terfikir ialah, bagaimana generasi kami ini nanti ingin mendidik anak-anak supaya dapat terjaga dari gejala-gejala tidak sihat yang mencengkam anak-anak Melayu beragama Islam? Sedangkan dari pengalaman hidup saya sendiri, my mum and dad pun dah berhempas-pulas mendidik kami adik-beradik terutama si teruna2 dengan acuan Islam namun jujurnya kami pun 'belum mencapai tahap yang benar-benar memuaskan'. *facepalm

Bila cuti panjang ini, bila lebih banyak meluangkan masa di rumah setelah bertahun-tahun berkelana di seberang laut, barulah saya dapat lebih merasai kepayahan ibu-bapa saya dalam mendidik anak-anak untuk menjadi lelaki atau insan yang benar Islamnya. Pesan berkali-kali tapi susah jugak perubahan itu untuk 'melekat' secara permanent. Pasti cabaran yang lebih besar menanti kita di masa hadapan.

I also learned that it's hard to change someone's attitude or personality even though he/she has been equipped with proper knowledge. Even myself. Jahiliyah masih banyak. Sudah tahu salah tapi kadang2 buat juga. So I speak to myself that I NEED TO CHANGE MYSELF FIRST. Betulkan niat. Berubah untuk Allah SWT,bukan untuk orang lain. Insyaallah,dengan niat yang betul kesannya juga akan baik  :)   *I got another valuable lesson here

Jangan berubah sorang2. Jangan menutup rahmat Allah SWT untuk sampai kepada orang lain meskipun kita mungkin tak suka dia atas apa-apa sebab. Dosa; bak kata Dr Asri Zainal Abidin. Easier said than done? Memanglah,sebab itu kita kena mula belajar dan berlatih dari sekarang :)





No comments:

Post a Comment