Saturday, January 26, 2013

I thought you were my spouse but


Dramatik tak title post? DRAMA habis..hehe..bukan apa, tiba-tiba terasa terpanggil untuk meluahkan rasa, melontarkan kata yang telah lama terpendam. Entahlah, aku rasa macam dah sampai masa untuk menyuarakan buah-buah fikiran dalam kepala ini.memory dah nak full so kena delete some of them.kalau overload nanti aku migraine..haha *krik krik. okey, serius skit

Kebelakangan ini aku selalu terbaca Facebook status or tweet kenalan-kenalan. Aku rasa bukan setakat kebelakangan, macam selalu je. Status kecewa,patah hati, pujuk-memujuk,puji-memuji dan ada jugak yang penuh kebencian.

*Ceh,,padahal I'm one of them :p

Insyaallah dengan masa yang dianugerahkan oleh Allah SWT, saya sekadar ingin berkongsi pandangan dan mungkin sedikit pengalaman bagi mereka yang hangat bercinta di luar sana. kalau suam-suam kuku pun boleh la juga..

Sincerely I was so drowned in love that I never thought the end would like this. Eventhough some people might be skeptical about us and like some of us said 'retak menanti belah', I was adamant that I will definitely tie up the knot with the same person, ignoring any perception or suggestion from people. Padahal dua-dua budak usrah. Ironi. Itulah bila kecintaan pada manusia jauh melebihi kecintaan pada Allah SWT. Mulut memang cakap sayang Allah SWT tapi hati sangat kuat 'attached' kepada manusia. Sanggup buat macam-macam untuk menceriakan si dia tapi program-program join jugak. jadilah aku manusia yang keliru. Sebenarnya dah tahu 'salah' tapi tahan pedih hati,'pejam mata' dek takut kehilangan cinta dia daripada-Nya. yes, I admit I was much worse than people who don't join 'usrah'

Dipendekkan cerita bila dah tak sehaluan, terasa diri seperti diri ditinggalkan di lorong sepi tengah malam yang tidak berlampu.eceh. Aku tahu Allah SWT adalah sebaik-baik tempat bergantung. Tapi memandangkan masa tu memang super down, hati hancus berkeping-keping sampai menitis juga air mata jantan aku. huergh~tahajud tak pula nak teriak. =.=

Dalam beberapa hari 'recovery mode', aku cuba rajinkan diri aku lihat video-video kat youtube dan baca artikel-artikel di internet yang berkonsep islami. Cuba memungut sejuta keping hati yang berkecai,ambil satu-satu,gam kan untuk pulih kembali. Akhirnya aku sedar al haq (kebenaran) dan al hawa' (nafsu) memang takkan boleh bersatu. Tiada jalan tengah. Hanya salah satu. Kalau dah couple tu, how hard or 'creative' you are to make the relationship 'islamic', wrong is still wrong.
Now I got my lesson in a hard way. Sampai satu hari, aku terbaca salah satu artikel Hilal Asyraf yang lebih kurang begini ayatnya ' kalau betul-betul cinta, kita takkan heret dia ke jurang neraka'.
Positively, I guess this is blessing in disguise. Kata-kata yang diucapkan sebelum ini seperti dalam perjalanan ke syurga berdua-dua padahal sebenarnya elok2 kat tepi neraka. Alhamdulillah.

Perpisahan memang sukar untuk diterima. Tidak semudah bicara. Memang memerlukan masa dan kekuatan dalaman nak betul-betul 'move on'. Kadang-kadang okay,kadang-kadang meroyan. Biasalah tu. Kita kena faham situasi2 orang yg terluka. Not referring to myself only but can be anyone. Syukur alhamdulillah i already moved on. Tak tipu, aku rasa ketenangan yang dah lama aku tak rasa. Kini tidak lagi menipu diri sendiri.  :)

Aku sedar ada lagi orang yang jauh berpengalaman tentang cinta tapi tak salah rasanya ingin berkongsi pandangan saya. For those who are already in relationships, control yourself. kalau aku kata couple tu haram pun korang mesti rasa sanggggat berat nak bertindak kan? Aku faham je sebab aku pernah alami semua itu. Kalau betul-betul sayang akan your partner, ajaklah atau didiklah dia untuk mengenali Islam dengan lebih dekat. Slowly reduce your interaction with the beloved one. kalau nak tak contact langsung setahun sampai tiba masa yang dijanjikan memang sangat susah sebenarnya. Kalau dapat buat memang aku tabik. Do it in your own pace but consistent. Rancang bila nak tunang, kahwin serta preparations along the way. So that korang akan rasa relationship tu sedang menuju ke arah yang diredhaiNya, walaupun ada sedikit kecacatan di situ.

 Honestly, kalau aku lah, aku akan buat 'slow and serious' talk dengan wanita pilihan hatiku. Tanya dia,adakah dia benar-benar serius nak sehidup semati,menjadi teman 'pillowtalk' setiap malam. Kalau dia setuju, maka rancanglah persiapan yang perlu. Target tarikh tunang dan kahwin bila. kalau taknak tunang,nak kahwin terus,itu terpulang kepada budi bicara anda berdua. Lain orang lain cara kan. Tapi aku rasa inilah cara yang terbaik especially kalau korang masih mengumpul duit untuk maskahwin dan barang-barang hantaran macam aku..hehe

Apapun, anda kenalah jujur dengan diri sendiri. Rumah tangga bukan untuk meneruskan 'keindahan' zaman percintaan di luar pernikahan semata-mata. Ada tanggungjawab untuk agama juga ya. Adakah kita mampu menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak kita yang cukup ilmu agamanya.Bukan setakat 'cukup' di dalam kepala, tapi benar-benar 'dirasai' oleh jiwanya lantas diterjemah dalam bentuk perbuatan dan sifat. Rasanya dah banyak kali aku cakap kot. Persiapan individu muslim itu sangat penting sebelum melangkah ke alam baitul (rumah/keluarga) muslim. Daripada keluarga-keluarga yang berpegang utuh dengan konsep islam kemudian membantu kepada terbentuknya masyarakat muslim. Insyaallah dengan adanya masyarakat muslim maka gejala sosial di kalangan anak-anak muda pasti akan merosot. Mana tidak nya, anak-anak muslim dibentuk oleh ibu-bapa yang benar-benar menanamkan kecintaan kepada Allah SWT. We should admit that social problems that we face today especially Malay Muslim are rooted from the disobedience to Allah SWT. :)

Aku pun tak perfect. Banyak salah silap. Masih perlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Mana yang aku tahu dan insyaallah aku faham, aku rasa sudah tiba masanya untuk dikongsikan bersama. Haaa..teringat pesan seorang syeikh Ikhwanul Muslimin daripada Mesir..katanya setelah kita mati, ada empat perkara akan disoal oleh Allah SWT,dan salah satunya adalah 'apa yang anda lakukan di MASA MUDA anda'. Lihat.Allah spesifikkan 'masa muda'. Think it through.Insyaallah semoga kita sentiasa di dalam petunjukNya untuk mengenal jalan Islam yang sebenar. Till then :)

*time tengah malam ni lah mengidam burger bakar.






No comments:

Post a Comment